Saturday 11 January 2014

Internship - MVK

Sebelum aku cerita pengalaman interview, aku nak cerita pengalaman first time internship/ sesi praktical aku selama 3 bulan/ 12 minggu (semester last, sebelum convocation).

Bermula 2 Julai 2012 - 27 September 2012
Di Makmal Veterinar Kuantan

Pengalaman yang sangat best + berharga.

Minggu pertama 
Aku + beberapa pelajar praktikal ditempatkan di Makmal Bakteriologi sebagai 1 kumpulan.
Di bawah bimbingan Kak Khadijah.
Beliau sangat serius + tegas pada awalnya. Aku takut gilerr.
Setelah beberapa hari, barulah aku kenal beliau.
Sebenarnya sangat best belajar dengan beliau..Tak lokek ilmu.
Memang best!!

Minggu kedua - keempat
Kumpulan aku ditempatkan di Makmal Kesihatan Awam Veterinar (KAV).
Di bawah bimbingan En Aniran.
Beliau sangat lembut + baik + soft-spoken.
Ajar sesuatu memang bagus.
Dan hari2 aku bersemangat ke makmal beliau.
Antara orang terawal pulak tu. hehe :)

Minggu kelima - ketujuh
Minggu ni memang tersangatlah best.
Kami berada di Makmal Virologi.
En Kamarudin memang sempoi + terror habis pasal virus2 ni.
Aku memang rasa bangga + bertuah dapat belajar dengan beliau.

Minggu kelapan - kesepuluh
Minggu ini kami ditempatkan di Makmal Parasitologi.
Bagi aku, secara jujurnya, ini makmal yang paling tak best. hehe.
Tahla.tak tau ape kekurangannya. Mungkin sebab salah seorang yang berada dalam makmal tu/ Doctor Veterinar yang berada dalam makmal tu agak serius + selalu bagi assignment (sebenarnya bagus la kan) / kerja2 makmal yang terpaksa selalu bermain dengan najis. Hehe kena redha jela bila masuk makmal ni :)

Minggu kesebelas + kedua belas
Minggu last ni aku ditempatkan di Makmal Histologi.
Just main2 dengan organ + machine2 untuk buat slides.
Kena kerja keras sikit la untuk dapat slides yang perfecto.hehe.
Ini di bawah bimbingan Encik apetah-namanya (I'm so sorry).
But he's a very nice guy :)

Itu jela yang aku dapat simpulkan sebelum aku start cerita pengalaman interview aku yang sangat lah banyak. 
Haaaa aku convo pada 21 Oktober 2012 di UKM Bangi :)

Ok terima kasih kerana sudi membaca :)

1 comment: