Sunday 12 January 2014

Second Interview - HSBC as Contact Centre

Kawan aku, Muadz call, katanya daripada duduk rumah tak buat apa-apa, jom apply kerja ni. Dia dapat iklan kerja ni dari Jobstreet. Dia apply terus dapat date interview. So aku pun try.

Lepas apply, tunggu jela.

Pada 1 February 2013, lepas hantar resume, aku dapat email ni.


Pihak HSBC dah terima resume/CV.
Dan pada 7 February 2013, aku dapat email ni pulak.



Pihak HSBC dah bagi date interview. Interview pada - 13 February 2013.
Dan mereka list kan barang-barang yang perlu dibawa semasa interview :)

10 February 2013.



Email ni adalah sebagai reminder. Ada interview 3 hari lagi.

Then, 12 February 2013.


Juga interview reminder. Dalam masa sehari atau dalam kata lainnya, ESOK KAU ADA INTERVIEW!

Hari Kejadian ( 13 February 2013)

Aku pergi mengikut alamat yang tertera.
Pergi dengan yakin jugak.
Sampai je agak ramai.
Rupa-rupanya itu adalah company Kelly Services.
Company ni urmmmm aku tak berapa pasti.
Tapi rasanya dia macam agen yang sediakan pekerja untuk company2 lain.
Maksudnya konon - HSBC perlukan pekerja. HSBC call Kelly dan perlukan 10 orang pekerja.
So, Kelly akan buat interview dan hantar pekerja ke HSBC. So, HSBC bayar Kelly. RASANYA LA. Aku pun tak pasti.

Oke berbalik pada cerita. Lepas sampai, akak kat kaunter tanya, aku under siapa?
Aku terpinga-pinga. Pastu bukak email, baru perasan, nama Syukri tu.
So aku kata Syukri rasanya. Akak tu kata tunggu sekejap.

Aku menunggu. Orang makin ramai. Syukri sampai, dia panggil aku + beberapa candidates under dia. Aku rasa ada dalam 6 orang masa tu.

Kami masuk 1 bilik. Dia bagi aku macam English test suruh buat. Aku buat. Lepas tu, Syukri datang semula + semak jawapan sama-sama. Lepas tu, Syukri tu terangkan pasal kerja ni. Next interview barulah interview betul2.. Tadi macam baru nak terangkan pape yang patut je. Dia suruh balik dan tunggu email dari dia. 

Aku pun balik.

Next entry : Real Interview from HSBC.

No comments:

Post a Comment