Sunday 12 January 2014

First Interview - AIASSM as Medical Underwriter

Convo - 21 October 2012.
Setelah beberapa bulan aku menganggur.

Pada 15 January 2013 tiba-tiba aku terima email ni.




Email ni daripada pekerja dari universiti aku. Rasanya dia hantar email ni kepada semua graduan dari pusat pengajian aku (yang ada kena mengena la kan).

Tak tau kenapa lepas baca email ni, aku terus hantar resume hari yang sama.

Selama ni aku just hantar resume + cari peluang kerja melalui Jobstreet semate-mate.
Dan nasib aku memang tak baik sebab langsung tak dipanggil interview.

Sampai sekarang! (Now : Jan 2014)

Oke berbalik kepada cerita, lepas hantar resume, esoknya terus aku dapat call untuk interview.
Speak in English. terabur jugak la sebab dah lame dok menganggur.

Dan petangnya aku terus terima email ni.


Yeayyy..terus dapat date interview. Dan aku pun get ready untuk interview.
Tips before pergi interview :
1. Make sure tau pasal company + jawatan yang dipohon.
2. Confident. Tapi jangan over confident.

PADA HARI KEJADIAN

1. Sampai-sampai je ramai giler candidates. Lebih kurang 80 orang. Cuak giler. Terus pilih tempat belakang sekali. Sebab dah penuh depan. Make sure datang awal.

2. Typing Test.
Setiap orang dipanggil mengikut giliran ke bilik yang ada komputer. 4 orang sekali panggil. Dalam bilik tu, kita akan type text/perenggan (in English). Computer ni tak boleh BACKSPACE once kite dah tekan SPACE. yeahhhh memang banyak gak salah sebab tak boleh undur ke belakang. tiba-tiba yang salah dah bertukar colour dah.hehe.

3. Exam.
Ada 3 section.
Yang pertama soalan objektif.
Yang kedua soalan subjektif + short esei.
Yang ketiga soalan BIOLOGY (hanya kepada student yang ambil Biology)
SEMUA IN ENGLISH.

4. Group Interview.
Ada 2 org interviewer.
Setiap kumpulan pula ada 8 orang.
Masuk2 je mereka terus suruh kenalkan diri. Semua 8 orang kami perkenalkan diri also in ENGLISH.
Lepas tu, ada sesi soal jawab. Ada beberapa orang yang bagitahu mereka sedang bekerja + datang interview untuk dapat kerja yang lebih baik, terus kena reject. Sebabnya, urmmm aku tak pasti. Maybe over confident. Tapi itu yang kami semua perasan. Selesai sesi ini, hampir separuh dari kami (lebih kurang 40 orang) dihantar pulang.

5. Masih Group Interview.
Ada 1 orang sahaja interviewer.
Setiap kumpulan pula ada 4 orang.
Sesi ini kami lebih ditanya mengenai masalah kat tempat kerja.
Macam mana nak tangani kerja yang banyak.
Kerja selepas office hour.
Bos yang banyak kerenah.
Kerja dalam team + team mates yang banyak kerenah.

Dan ditekankan tentang skop kerja. Jawatan ni memang kena mngadap komputer sentiasa. tak perlu jumpa client. Tapi memang stress.

6. Individual Interview.
Sepatutnya dalam jadual ada individual interview. Tapi masa tu dah pukul 7.30 malam.
Mereka suruh pulang. Dan just tunggu panggilan telefon. Aku tak konfident pun boleh dapat. Sebab agak ramai candidates.

Last but not least.
Aku tunggu panggilan telefon hampir 2 minggu. Walaupun dia janji hanya 1 minggu. Lepas 2 minggu, kawan yang sama-sama datang interview call dan bagitahu dia dapat kerja. Aku pulak mereka tak call.

So aku fahamla. aku tak dapat. keh3

Terima kasih kerana sudi membaca :)

No comments:

Post a Comment